Saturday, 28 August 2010

Perkara yang boleh anda jumpa di Medan tapi xde di Ampang

hoho.. sebenarnya entri ni dah lama dah nak buat. tp disebabkan malas dan lalai menghadap buku *chey* maka kewujudan entri ni pun tertangguhlah..

setelah berfikir dengan tidak begitu lama, berikut adalah hal2 yang boleh kita 'jumpa' di medan tp konfem xde kat ampang:

1. Angkut (angkutan kota) atau orang tempatan panggil ia 'sudako'. xtaula kenapa diorg panggil sudako. maybe bapak angkut tu suka main sudoku kot sambil racing di tengah2 kesibukan kota medan. kat ampang mana ada angkut. bas rapidKL adalaa.

2. Becak. kat malaysia kita panggil 'beca' kan? ha, sama jelah tu. cuma, di medan becak ni ada 2 jenis. satu tu panggil becak mesin (becak yang pakai motosikal), lagi satu becak dayung (becak yang pakai basikal macam kat melaka tu). kat ampang kalau naik becak mesin maupun becak dayung konfem boleh kena shok anafilaktik bapak becak tu disebabkan oleh permukaan bumi ampang yang berbukit-bukau.

3. Ha, menyentuh mengenai permukaan bumi, kat medan ni memang rataaaaa serata-rata alam. korang memang xkan jumpa permukaan bumi yang seluas 100km persegi (ni anggaran saja) yang rata di ampang. kalau korang berada di tingkat 4 RS Adam Malik kemudian melambaikan bendera jalur gemilang dengan gahnya, mesti satpam (satria pengaman a.k.a pak guard) kat konsulat Malaysia yang dekat kat sun plaza pun boleh nampak.

4. Kolak durian. hahaha yang ni mana ada kat ampang. cendol dan rojak mamak adalah di taman kosas. yeay, setiap kali balik wajib pergi sana. hehe

5. Bas Sinabung @ Sumatera Utara. bas ni memang saya rasa former racer yang bawak. sebab supir dia tu kalau bawak sangat laju dan suka menyelit dan boleh membahayakan pengemudi kenderaan di sekitar.

6. Ring road. ring road ni bukanlah suatu jalan yang berpusing2 ala2 cincin. tapi ia merupakan suatu jalan lurus yang boleh membuatkan anda naik haji. eh, silap.. sampai ke RS Haji Mina. jalan ni memang bestlaaakan kalau dah rindu sangat nak bawak kereta laju2 mcm kat highway KL. hehehe.. kepanjangan ringroad ni sangat panjang, rasanya macam highway dari Al-amin Gombak sampai ke rumah kot. tapi ini bukan highway okay. dan kat ringroad dihiasi oleh banyak truk2 antara propinsi yang besar2 dan kedai-kedai makan yang rata2 menunya sama saja semua. pergilaa kedai makan di hulu maupun di tengah kemudian nak bermudik ke hilir pun, mudah2an sama saja. ala, yela adalah jugak beda2 tipis. tapi kalau dah nama ayam penyet, nasi goreng tu sama jela kot~

7. yang last, mestilah simpan untuk yang paling best!! hahaha cuba teka ape?










agak2 ape?














KARIMUN!!!

hahhaahaha ni memang korang carik sampai longkang depan masjid Bukit Indah pun xkan jumpa punye XD banyak berjasa dan banyak meragam wooo ini kereta. cakap je sakit ape dia xpernah. berasap? mati tengah jalan clear maupun jammed? kipas mati? pompa air dan minyak xberfungsi? sepatu rem haus? bumper tercabut? berkabut dari dalam kereta sedangkan di luar hujan lebat? xnak start? kena tarik? kena tolak? dan bermacam lagila, boleh penuh satu page nih kalau list semua. karimun ni hampir tiap2 bulan masuk bengkel worr, kalah tuan dia yang nak pegi shopping tiap2 bulan pun xdapat (gara2 ko lah karimun). eh, kalau nak buat entri pasal karimun ni pun best gak kan? hahaha.

okaylah banyak housework nak kena buat. . huhu~ tata!

Monday, 9 August 2010

exam!!

akhirnya setelah 3 bulan posting sana sini di dept. penyakit dalam, akhirnya tiba masa post-test!! ye, sangat xbest ujian kan..

so, telah ditetapkan sy akan di-test oleh penguji sapa tah (xditentukan lagi) pada hari khamis depan.. huhu.. semoga tidak mendapat penguji yang 'killer' >.<

ayuh kita belajar!! chaiyok2~