Saturday, 7 May 2011

Pancaindera keenam adalah hati..

Semua orang mengidamkan hidup yang bahagia. Tapi, definisi bahagia pada setiap orang tak sama, malah mungkin tak pernah sama. Ada orang merasakan bahagia bila mendapat cinta. Ada orang merasakan bahagia bila mendapat harta. Malah, ada juga orang yang merasakan bahagia bila melihat yang lain terseksa..

Kehidupan ini semakin dijalani semakin dirasakan banyak cabarannya. Dulu, waktu aku kanak-kanak, aku selalu terfikir.. Alangkah enaknya menjadi dewasa. Boleh kerja, lepas dari pemerhatian ibu bapa.. Aku boleh lakukan apa saja. Aku boleh pergi ke mana-mana yang aku mahu. Aku boleh beli apa yang aku mahu.

Tapi.. Hakikatnya.. Banyak tanggungjawab yang harus dipenuhi. Sebagai hambaNya.. Sebagai anak, mahasiswi, tuntutan kerja.. Ahh.. Memang bukan mudah. Kekuatan harus dicari untuk menempuh semua cabaran demi memenuhi tanggungjawab. Kekuatan yang tak mudah diperoleh. Kekuatan yang hanya diperoleh daripada pengalaman, kesalahan, iktibar, teguran dan pemerhatian yang dilakukan dengan menggunakan keenam-enam pancaindera kurniaan Tuhan.

Walaubagaimanapun.. Aku masih terfikir. Kenapa aku harus memenuhi tanggungjawab tersebut? Apa yang aku dapat? Apa yang aku cari? Aku hanya dapatkan kesakitan, kesusahan, malah amarah dan makian. Duit habis. Badan penat. Mental dan emosional sudah lelah.

Tapi, aku tak kisah. Marahlah. Makilah. Yang aku tahu, aku lakukan semuanya kerana aku rasa bahagia bila tanggungjawab itu terpenuhi. Aku rasa bahagia kerana persoalan aku selama ini dalama mencari erti kehidupan semakin jelas jawapannya apabila aku melaksanakan semua tanggungjawab yang telah diamanahkan olehNya. Alhamdulillah..

Semoga usaha aku dalam mencari erti kehidupan ini semakin terang jalannya. Amin..

-nak balik-