Wednesday, 30 December 2009

first post from flickr =)


30/12/2009
Originally uploaded by honeyhaneys

dah lama xmenulis..

bukan tidak berfikir, tapi banyak sangat yang difikirkan. gambar ni diambil selepas exam blok terakhir, iaitu Family Medicine.. disebabkan kesibukan membuat penelitian yang melampau, maka nak belajar pun x sempat.. tapi, padan muka lah kan sape suruh xsanggup bersengkang mata malam2 belajar.. huhu..

see u around on the next post =)

Tuesday, 6 October 2009

Being Young is NOT a Sin

Bismillahirrahmanirrahim..

I have lots of things in my mind.. tp x tau nak luahkan mcm mane.. aku sangat bersyukur Allah kurniakan aku sahabat yang boleh membimbing aku dan memberi aku nasihat di kala aku dalam kekacauan.. keserabutan.. kegelisahan..

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil, dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.. Semua yang terjadi, aku percaya ada hikmah yang tersembunyi, yang hanya menanti untuk dirungkaikan, dan disimpulkan untuk dijadikan iktibar..

Aku telah mempelajari sesuatu yang aku rasakan cukup bermakna buat perjalanan hidup ini.. benarlah kata pujangga 'ilmu boleh diperoleh dari buku, tp pengalaman diperoleh dari kehidupan'..

Aku tidak tahu apa hikmah yang tersembunyi sehingga Dia menguji aku sedemikian rupa. teman aku bilang, kerana Dia tahu aku mampu menghadapinya..

Kadang-kadang, Allah kenalkan kita dengan seseorang, adalah supaya kita dapat belajar mengenai manusia. supaya kita lebih menghargai orang lain. tapi masalahnya, aku ni lemah, dan lembab dalam hal-hal seperti ini..

Tapi, mungkin kerana aku masih belum cukup pengalaman dan ilmu, maka perkara ini terjadi. dan yang perit sekali, Tuhan uji.. tetapi, mungkin hikmahnya, aku lebih mengenali diri aku sendiri..

Kadang-kadang (selalu juga sebenanya) aku berfikir, "haih, lepas satu, satu ujian datang". tapi, aku teringat kata-kata aku sendiri.. sewaktu aku menasihati sahabatku, "nasib baik kita sedar sedang diuji.. supaya kita redha dan dapat bersabar.. alangkah malangnya orang-orang yang tidak sedar dan mengeluh itu.. kerana hikmahnya pasti tidak akan terlihat.."

Hah, akibatnya temanku itu berkata "eih, ko ni.. aku ckp satu ko ckp sepuluh!! yelah, nanti balik rumah aku fikir2kan ye.."

hahaha. nak tergelak pun ada.

ujian.. ujian.. ujian...

Saturday, 26 September 2009

Jumpa lagi..

Orang kata, kalau berpisah, jangan katakan selamat tinggal.. tapi katakanlah jumpa lagi. oleh kerana itu, dengan berat hati dan penuh rasa rindu, ku ucapkan.. jumpa lagi ramadhan..

Bulan ramadhan kali ni, telah mengajarkanku banyak erti kehidupan. erti kesabaran. erti persahabatan. erti kesetiakawanan. erti kebersamaan. dan seribu satu mcm erti lagi, yang tak dapat ku ungkapkan di sini. alhamdulillah, terima kasih ya Allah, kerana mentakdirkan ramadhan ku kali ini begitu bermakna..

Walaupun macam dah lerlajak je kan, tapi halalan tayyiban je lah ye.. hehe

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

(raihan, harapan ramadhan)

Betul la kot kata orang, bulan ramadhan bulan rahmat. syaitan kena ikat. masa ni la semua orang jadi diri sendiri. fitrah manusia mula nampak. semua nak jadi baik. tak nak buat jahat. tapi, kalau yang buat jahat tu kenapa? em.. mungkin sebab mereka kurang menyedari erti ramadhan yang sebenar. aku ni pun, baru je paham. tahun lepas2 bukan paham pun. main puasa je. he..

Alhamdulillah, kali ni tuhan bukakan pintu hati aku untuk menerima ramadhan dengan gembira dan penuh rasa syukur.. tapi kenapa sekarang ye? mungkin, sebab dah tinggal sorang2, aku jadi lebih banyak berfikir dan menerima apa yang ada. prinsip 'main redah' dan 'pejam mata je laa' pun diaktifkan. hahaha. tuhan je yang tau how hard it is.

Tahun ni, alhamdulillah dapat balik raya. setelah melalui banyak liku2, dapat jugak balik raya. tak tahu la, samada tahun depan dapat tak lagi pulang ke kampung halaman. jumpa mbah, mak, main bunga api dengan adik2, tolong mama papa time open house.. he...

Doaku cuma satu di penghujung ramadhan ni (walaupun dah syawal, tp halal je lah. he..) aku berdoa, semoga tuhan panjangkan umurku supaya dapat lagi aku bertemu dengan ramadhan pada tahun depan. dan mudah2an, semoga ramadhan itu akan menjadi lebih bermakna lagi.

Semoga kita semua sempat bertemu ramadhan pada tahun depan, insyaAllah..

Hanis, Ampang

Monday, 7 September 2009

im not alone..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejak lebih kurang sebulan yang lepas, my housemates pindah keluar dari rumah kost ni. kami bertiga, tp skarang tinggal aku sorang2. at first, i thought im gonna be okay. i thought, i can live alone lah kan.. tapi, rupa2nya, Tuhan tu Maha Besar.. Dia nak uji hambanya.. rupa2nya aku ni xdela sekuat yang aku sangka. cestt.. it takes a month jugakla nak adapt hidup sorg2. memangla kat rumah ni ade tuan rumah dgn anak2 dia. tp, its different u know.. kalau ada kawan, u have someone to turn to kalau ada masalah ke ape.. skrg, nah.. setelkan sendiri.. nasib baik ade kereta.. xdela takut sangat kalau keluar sorg2. nak mintak tlg kawan teman, takut menyusahkan pulak..

well, this is sumthin i wrote on those lonely days..


Tengadahku ke langit yang gelap, suram, tersedar aku
sendiri..
Bintang-bintang bertebaran bebas, ramai, tapi aku
sendiri..
Dulu berteman, suka, duka
Tapi telah hilang tinggalkan aku
sendiri..
Sangkaku gagah meredah, berdiri kukuh melawan sepi
Tapi sesungguhnya Dia lebih mengetahui
HambaMu tidak berdaya, lemah
Perlu kasih
Perlu cinta
Perlu perlindunganMu

25 Ogos 2000


On this holy month, Ramadhan, i have tried very hard to adapt myself. tp xtahu sejak bila, lama2 perasaan sunyi tu hilang.. dah boleh dah makan sorang2. hehe.. waktu awal ramadhan hari tu, rase mcm nak nangis je sebab sahur dengan buka puasa sorg2. tp skarang dah okay, alhamdulillah.. maybe sebab keberkatan bulan yang mulia ni, aku dapat bersabar..

Aku berharap, semoga bulan yang penuh barakah ini dapat memberi ketenangan di hati semua umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia, insyaAllah..

Friday, 15 May 2009

mobil, oh mobil...

this is a story, back in last week, on our way to meet dosen in a hospital. time tuh ujan, plus malam. oyeah, pagi tu i experienced an allergic reaction..

kat rumah..
black out!! yeah, great. x print lagi ni.. mcm mane.. xpe, print kat rumah hanisah.

kat rumah hanisah..
tgh print.. tiba2.. black out jugak! adoila.. xpela kite pegi jela ye jumpa dosen.

so, my group and me bergerak la jumpa dosen.. on our way, sampai di titi bobrok (mcm ni kot spelling dia.haha..) tiba2 je keta mati..

so, dipendekkan cerita (sbb tgh lapar ni, xlarat nak tapi panjang2), kereta tu mmg mati, xleh jalan. dah didorong kedepan belakang byk kali pn xblh gak. stlh yg pakar datang (thnx to bazlil) beliau telah memutuskan bahwa mobil itu harus lah ditarik saja (thanx to lutfi). sedih gila time tuh. huhu.. sampai xmampu nak berkata apa2 lagi. adoi..

so, jam 9.30 mlm mcm tu, kereta itupun ditinggalkan la.setelah lama xnaik angkut, maka angkut pun dinaiki.. jam 11.30 mlm, ikram call, kata nak gerak dah. pegi tarik keta. mlm2 buat projek. haha.. xpernah terbayangkan akan jadi macam ni. igt kalau jadi krisis pun, pasal baju kena cat ke, handbag tali putus ke, kasut tercabut ke.. ini..?? kereta la pulak.. dah kalau tuhan nak suh jadi, jadila dia kan..

so, akhirnya, dengan kepakaran mengikat tali pengangkap ikram, maka kereta pun ditarik ke rumah. o ya, dalam perjalanan tali putus. haha..

then, sampai rumah, tingkap xleh naik. oyeah.. kna tutup pakai plastik. esok2nya tu, kecohla plak satu rumah, igtkan my car kna pecah dgn org. hehe.. ga sih.. saya kan anak yang baik =P

so, terima kasih saya ucapkan kepada saudara : bazlil, lutfi, badrul, ikram, abu; yang telah banyak membantu dalam proses membaik pulih kereta rosak ni. haha.. ni kali kedua. harap xde kali ketiga.. sekian.. wassalam..

Friday, 24 April 2009

handbags..!!!!

cerita semalam.. waktu? petang, ala2 asar la..

~ lagu chopin~ sape sms ni..?? mama rupenye..

"hanis, awak nak handbag ape? nanti sms mama bagitau nama dgn harga." wah..!! handbag! tp baru je beli handbag hari tuh. nak baju baru...

"ok, nanti kite carik dulu yer.." send..

wa.. ngantuknye.. mlm td tido lambat, buat tutorial. balik tutor je, pg hantar kete ke bengkel, tinted cermin depan. 40%. panas sangat!! dahla aircond xsejuk.. wah.. rase mcm dalam oven.. balik2 igt nak sambung buat KTI. tp tetido plak. slalunye xleh tido petang2 mcm ni..

mlm tu sambung buat KTI lagi. lapar.. makan honey star dgn susu. xperasan dah makan banyak. main masuk je. huhu.. tau2 rase senak perut penuh sangat. hahaha..

pagi tadi, call mama. mama kate, ada 3 pilihan. ninewest, liz claiborne, dgn kipling. tp xblh lebih $100. ha.. nape?

mama kate, "amboi2.. nak lebih2 plak. xkeje lagi xleh mintak lebey2."

"tapikan mama, kite nak baju baru la.. kan baru je bli handbag balik harituh.."

"hanis, orang sini mane pakai sangat bj cotton. diorg banyak pakai t-shirt. kalau printed t-shirt adala. nak ke?"

"oo.. kalau macam tu, xnak la.. ok la kite pk la handbag $100 mane yg cun. hehehe.."

"ok, mama pun nak hanta adik2 pg raptai sukan ni. hujung minggu diorg ada sukan. papa dengan syahmi balik kampung semalam. i love you. bye2"

"i love you too.." click..

wah
.. handbag!! banyakla koleksi macam ni! hehehe..

sebenarnyakan, risaula kalau mama papa pegi naik kapal terbang jauh2. mama kate, 'ala, tawakal je laa. nak takut ape..?? argentina tu lagi jauh'.

memangla.. tapi.. huhu.. ni la akibatnyer kalau slalu sangat tengok 'air crash investigation'. haih... kite mendoakan semoga mama papa selamat pergi dan pulang.. amin..

okla tgh searching handbag ni. bye2~ ^__^

Tuesday, 21 April 2009

kenapeee tak boleh tengok..??? sangat geram..!!

hari ni hari ape? selasa? alamak.. kejap lagi dah jumaat. nak kna jumpa prof, submit proposal. mesti kna siap time tu, dengan power point lagi. hari ni nasib baik kelas sampai pukul 12.30 je. cadang nak pegi bli notes kat kedai fotokopi depan. notes untuk.. er.. 6?minggu kot (dah brape minggu ye block emergency ni??) huhuhu..

okeh, tp sebelum tu, jumpa daniel dulu. sbb hanis opponent dia untuk exam proposal sabtu ni. kite bagi soklan siap2. ehehe.. biar dia bisa jawab. hehehe.. xjahat, baik le tuh. haha.. sementara tunggu tu, pg
lunch dulu, bli nota..

kat kedai fotokopi..

mane pulak nota setambuk 06 neh.. ha.. jumpa pun..

"kak, tolong fotokopi semua ini ya.."

akak fotokopi tu buat muka tekejut. alahai.. jgnla buat muka mcm tuh.. macamla aku ni pemalas sangat. malas skit jer..

"kamu kapan ujiannya?" aih.. dia pulak risau hanis xsempat bace notes. hehehe. mane taknye, nota yg nak difotokopi tebal 2 inch!haha.. terima kasih ya kak, atas perhatiannya..

"err.." aku tengok kiri-kanan. ha..!! nampak sorg minah 06 gak. "kapan ya? dalam 4 minggu kan?" aku bertanya kat budak tu.

"em.. iya.. adala 3-4 minggu.."

"ha, betul tu kak! 3-4 minggu. xpe, insyaAllah saya sempat baca semua ni! hehehe" aku memandang akak tuh. hehehe. iyela tuh..

"oke, bentar ya," akak tu senyum je. hehe.

tunggu punya tunggu.. nasib baik xramai customer. tiba2 hp main violin, lagu my memory dari OST Winter Sonata.

"hanis, aku nak pg tgk org seminar. daniel dah kat sini, tunggu ko. kunci bilik aku titip kat die. nanti ko masuk je bilik aku tu ye!" anis yang tipon rupenye.. (p/s: name sebenar dia noor hanis)

"ok!! thanx a lot!"
click!

lepas bayar je, aku rushing cross the road pg fk. terus menuju ke kantin. dari jauh nampak daniel senyum2. sebelah dia putra. aku pun.. alah, senyum jela. senyum kan sedekah! hihihi. takutle tu die. hahaha

"hanis, inilah proposal aku. tolong dibaca ya.. nanti waktu ujian kamu jangan tanya banyak2!!" daniel senyum sambil menghulurkan proposalnya kepada aku.

"iya, bisa2.. tapikan, saya udah ada soalan mau tanya sama kamu. nak tau ke?hehehehe"

"aku pergi dulu ya," putra memohon mengundurkan diri.

"oke. jangan risau, aku ga makan dia!" hehehe.. aneh btul rasenye. ingatkan perempuan je malu nak jumpa lelaki, lelaki pun malu jugak ye nak jumpa perempuan! hahaha.

lepas bincang2 (malas la nak tulis kat sini. panjang sangat!), aku pun teru pg kat kete, pegi rumah anis.

kat rumah anis...

hmm.. google '
Cines DB, Pollak ES, Buck CA, et al. 1998. Endothelial cells in physiology and in the pathophysiology of vascular disorders' tekan 'enter'. wah.. dapat2 alhamdulillah.. senang jer. yay!!

google.. '
Verma S, Anderson TJ. The ten most commonly asked questions about endothelial function in cardiology' tekan.. 'enter' aik? xdapat? kurang asam. kna bayo ke? aiyak...

try yg lain.. xdpt gak! adoi.. kedekut ilmu la diorg nih. aish!tapi nasib baik daripada banyak2 tadi, 4 je yg xdpt. bolehla tu. kang kalau boleh nk kna print plak kan. membazir kertas je... save the trees!!!

haha.. sebenarnye nak citer tu je. dari tadi bertapa kat bilik anis ni carik journal. kna bukak balik satu2 sbb cited dari journal org lain. aiyak...

okla sambung lagi lain kali. hehe.. bye2!! assalamualaikum~~


Saturday, 11 April 2009

ujan rintik2.. air bergelombang.. esok dah nak balikk.. kwang3... T_T

Dalam perjalanan ke majlis tahlil my cousin (may Allah bless her).. her house is at semenyih.

"ish.. gelap gile jalan ni. lampu jalan x hidup.. line putih pun xnmpk. ujan renyai2.." kataku dalam hati.

"papa, jgn bawak laju2 tau. takut arh.."

"kalau takut, tutup mate! heeheehee!!"

"aik, boleh ke macam tuh?"

"bulehhh!!"

haha.. layan jer la. dalam perjalanan lebih kurang satu jam tersebut, aku mengira2 berapa banyakla duit yang nk kna bwk pulang ke indon ni. kna bajet ni.. bulan 6 nak pg jalan!! (insyaAllah)

tibe2 teringat.. kete dah ok ke ye? kalau dah ok, xyah bwk extra. kang bwk extra terpakai plak. haha.. gatal sungguh tangan ni. tanye lutfi dulu la. harap2 la dah ok. ameen.

"bismillahirrahmanirrahim.. puh2, harap2la kete dah ok" aku meniup2 hp mcm org **d**..

aku taip, "salam, lutfi. mcm mane kete? ok x?" lebey kurang mcm tuh la..

"salam hanis. xok la!! kna ganti bateri baru ni!" ni pun lebey kurang la..

halamak... T__T ni yang lemah ni.. bab2 rosak-terosak benda. kte ni mmg badluck kot dgn barang2 eletronik. hari tu bli printer pakai seminggu rosak.. ni beli kete second hand pun br je seminggu.. dah rosak.. hwaa~!!!

adoh.. sakit kepala. sms hanisah plak. tanye pasal doping (dosen pembimbing).

"salam hanisah. mcm mane, dapat jumpa doping x hari ni?"

"wasalam hanis. xdpt la.. doping suruh call esok pagi. huhu.."

wa.. susah ni. hr slase nk kna hantar. aiyo.. tp harap2 dpt jumpa doping la esok. dah alang2 blik pun kan. bagus jgak kalau mcm ni.hehe..

sampai di rumah cousin (or my uncle), org perempuan dah smpi.. kte trus naik ats smayang maghrib dlu. then br turun, bace tahlil.. ramai juga orang yang hadir. bagus la org2 kawasan rumah ni. masyarakat yang bersifat tolong-menolong.

after isyak, kaum lelaki plak dtg. mereka tahlil kat surau. then setel sume, balik. perjalanan pulang adala dalam 1jam stgh. papa bawak slow and steady. hehe..

okla.. flight esok pukul 7.30am. pukul 4 nk kna bangun dah. skrg dah pkul 11.45. haiyo.. malasnyer nak mengadap sume tanggungjawab2 yang sedia menanti. tapi, kalau xde tanggungjawab, bukan manusia la namanye kan??

jumpa lagi!! n_n

Friday, 10 April 2009

1 hari sebelum pulang ke medan..

bismillahirrahmanirrahim..

'tok..tok..' "hanis, bangun!" papa ketuk pintu. terkejut den! cet! pukul brape dh ni? aik, dah pukul 6.30?? bukan semalam kunci jam pukul 6 ke? mane hp ngokngek xbunyik nih! grr... tibe2 terigt la pulak.. jam I kan waktu indonesia.. lupa daa... jam kat hp br pukul 5.30am. aiyo.. harap2 papa tunggu.

hari ni nak pegi beli botol dan jarum chemotherapy untuk dr.tina. mak kertua dia didiagnosa adenocarcinoma kolon (kanser usus). barang2 tu cuma available di damansara specialist hospital shj. tp dsbbkn degil + xtau jalan pg damansara, nk try jgak carik kat kl smlm.jenuh pusing2 kl, tp xjumpa pun. last2 surrender, pg jgak damansara. tp xpela kan, ksian org tu kna kanser..

igt x pasal world congress yang hanis mention smlm? tuh la, over excited sangat.. kan dah xjadi pegi!! hwaaa~!!!! sedih betul! br je berangan nak tgk org bercongress.. papa kate, fees pendaftaran $800 aussie. pastu, xbest pun kat ctu. xleh shopping, tempat nak jalan2 xde. pokoknya, boringla ctu. but that's not the point..!! org nak pg tgk org congress. xkisah la bosan ke x..dah biasa dah suasana bosan2 ni. cthnye mcm kat lecture. ops..! ahaha..

well, xpe la pg perth. best gak tuh. janji dpt keluar dari malaysia ni tgk tmpt org. bak kate org dolu2, jauh berjalan, banyak pengalaman, luas pandangan.

petang ni, b4 maghrib insyaAllah nk pg rumah uncle kat.. (xigt mana) ada kenduri arwah.. anak beliau, izzah just passed away last week. innalillahi wa innailaihi rajiuun.. adik izzah ni br je 5 thn, sebaya dengan my sister mu'afah. she was diagnosed of having retinoblastoma (kanser kat mata) when she was 6 months. poor little girl.. jom kite doakan semoga roh arwah dicucuri rahmatNya, dan keluarga beliau dapat meredhai pemergiannya...

okeh, tu je. sambung lg bila2. hehe.. sayonara..

back in malaysia..

bismillahirrahmanirrahim..



it has been 2 nights in malaysia. really bz, shopping around habiskan duit jpa.. huhu ^_^' teringat kereta kat medan yang 'mogok' sejak ahad lepas. haih.. risau btul..!!



tp, alhamdulillah, ada beberapa generous and kind-hearted men yang tolong.. kalau x, xtaula nak buat ape.. dhla kat tempat org.. kete mogok pulak. huhu >.<>

at most, kereta tu dpt dibaiki, even xsempat tgk b4 naik kapal terbang.sedih jgak xdpt say "bye2".. so, my fren took the car from bengkel and send it home. thnx a lot!!


honestly, hati ni x tenang btul mengingatkan proposal karya tulis ilmiah (kti) yang perlu dihantar selasa akan datang. banyak lagi x buat ni!! hish.. tapi malas.. sebab.. memang sendiri malas kut.. huhu..


insyaAllah, ill be back to medan on sunday morning. i hope it'll be a blessing day for all of us. boleh siapkan kerja, study, etc2 (u name it)..


im planning to buy an internet divice for my laptop. it would be most convenient ( i would think ). i need to study hard this sem. eventhough the spirit to study almost melted away.. it has been a long theoretical years (3 years!!!!).. but this evening my parents said sumthing that jumpstarts me! cairne!!! eventhough i had planned to go to perth to visit my best buddy there, but cairne is the once in a lifetime opportunity! the world congress for pediatric cardiologist!! im not so sure what the real theme is, but insyaAllah, my father will be one of those speakers!! it has been a long time since i want to see him on stage, give talk in front a lot of people.. hm, i hope it will inspired me to be a good doctor. or at least, an ambitious doctor. haha.. im not really planning on being a pediatric cardiologist.. duh.. i wanna be sumthing else. sumthing that is not pushed or told by anybody. sumthing that I wanna do. sumthing that come from my inside.. u know what, these pushes make me less creative ( i think ). because it makes me not knowing of what i really wanna do!! everytime i plan to do sumthing different, there will be obstacles, excuses, blah2.. u name it.


there.. enuf rumbles for today. c u another day. when im in mood, and the internet connection is present! sayonara~


Tuesday, 24 February 2009

stressss

good day everyone.. yep, my situation resembles my post's title. im quite stress right now. lots of things to do..

for this past few weeks (i think 4 weeks T_T) i have been ill. sakit kepala, flu, telinga berdengung2, hidung half tersumbat, etc2.. plus laptop ngade2 then printer plak nk tersumbat.. nga~~

however, ive managed them.. professionally, i guess (hmm..) so alhamdulillah la kan. next week is exam and next month is the BIG (uh..) grand annual dinner. and yes, im in fund bureau. so sakit kepala carik sponsor. huhu.. so sape2 yg terbaca post ni and berminat nak mengurangkan my sakit kepala, do please, willingly, ikhlasly and cepat2ly contact me. ok? i will be very3 grateful for those who r generous to be one of our generous sponsors (srroott).

so, as u can see, my speech is a bit (BIT??) blurred and berterabur. ok got to continue my kerja. carik pasal association between congenital heart defect and somatic development. in children (yeah, forgot to put this in my proposal T_T). and carik possible sponsors *sigh* (when this gonna end!!)

ok. good day to you.

Tuesday, 3 February 2009

1st in Medan..

assalamualaikum ^_^

dah lama xmenulis. sebenarnya, sy ada banyak benda nak tulis, tp setelah beli jurnal 7 highly effective people, sy tulis kat dlm jurnal tu shj. rasa mcm lebih 'rahsia' skit. hehe..

sejak melangkah kaki ke semester baru ni, banyak benda dah berlaku. kalau nak tulis semua, boleh ter'arthritis'!! dalam jurnal yg sy beli tu, ada dituliskan kepentingan jurnal. salah satunya, adalah sebagai 'khazanah' untuk generasi akan datang. mana tahu, catatan kita hari ni, mampu mengubah.. sesuatu. w/pun tertulis insiden yg kurang menyenangkan, ianya boleh dijadikan panduan di kemudian hari.

hal terkini sekarang adalah 'gossip' membuat skripsi. atau dengan kata nama lain research. xtau nak buat tajuk ape. makin fikir, makin pening. sy memutuskan untuk membuat satu tajuk yg lebih 'up' skit berbanding dengan research yg sy buat kat matrik dulu. w/pun sy tau, ianya akan jadi susah, tp xpela. buat salah skrg xpe. sbb sy ni masih seorg mahasiswa. kalau sy masih mengekalkan cara sy buat research, iaitu sama dengan level mcm kat matrik dulu, means sy xde peningkatan diri la kan? betul x? hehe.. so kali ni nak keluar cari bahan. nak keluar dari kawasan kampus. kalau boleh, nak pegi hospital. xnak dlm kampus lagi. tu zaman matrik. no offense.

tp, bg mereka yg nak buat dalam kampus, xde masalah. ia bukan suatu kesalahan. saya percaya, setiap apa yg kita buat, mesti ada susah-senangnya. mane tau, cabaran dalam kampus lebih tinggi. dengan kadar populasi yg lebih sedikit berbanding luar, tentu ia akan menjadi satu cabaran besar. cuma kali ni, sy nak 'terjun' ke dalam masyarakat. May Allah guide me.. ameen..

sekejap lagi nk pergi join meeting untuk OSPEK tahun 2009. iaitu minggu orientasi untuk junior2 yg bakal dtg ke FK USU pada tahun 2009! dah alang2 datang belajar negara orang, apa salahnya kalau kite belajar cara mereka me'orientasi'kan mahasiswa baru. cara diorg ni agak unik tau! jgn terkejut. haha..

this weekend, xtau lg nk pergi join program BADAR ke x. BADAR salah satu badan di bawah PKPMI-CM. tiap2 minggu full weekend. tp, bila masa tu penuh dengan aktiviti, rasa mcm org yg berguna la plak. haha.. well, at least sy habiskan masa dgn join aktiviti. daripada habiskan masa tido kat rumah. kan2? he..

bahang meeting dah dekat nih! bye2!!

Monday, 12 January 2009

cuti 27 hari bakal berakhir

hari ini hari yang ke-24. phew. alhamdulillah, akhirnya cuti kali ni berjaya digunakan semaksima mungkin. setakat ni la. bila mengenangkan hidup akan datang yang mungkin (pasti kot..?) lebih sibuk dari sekarang, rasa macam nak dok rumah je lama2. ape pun, i need to be ready for the next sem!! dapat terasa ada cabaran yang akan datang. macam mane pun, kna hadapi dan teruskan jugak. okay!! meh la datang wahai cabaran. xtakut pun (ceh, cakap besaq plak. huhu..) dengan Allah disisi, akan ku harung juga. sem ni kna kurangkan nangis! erk.. terlepas plak.

aku mendoakan semoga semua rakan seperjuangan akan melakukan yang terbaik dan mendapat yang setimpal dengan usaha mereka. amin..

good night bloggy..

first entry..

bismillahirrahmanirrahim,

assalamualaikum. blog. dah lama sebenarnya nak tulis dalam blog. tp slalu tergendala gara2 xtau nk letak title apa.huhu.. well, setelah mengambil keputusan 'letak je la apepun', maka lahirlah blog yang serba sederhana ini.. tujuan blog ini dihasilkan adalah bukan untuk berpolitik, bermain2 sambil menghabiskan masa..tetapi untuk membiasakan dan melatih diri menulis sesuatu. sesuatu yang bermanfaat, insyaAllah. kemungkinan ke'konsisten'an menulis blog ini akan menjadi suatu masalah, disebabkan oleh masalah mengakses internet, dan juga mungkin akan dipengaruhi oleh 'mood' penulis. haha.. terlebih dahulu, saya meminta maaf sekiranya apa2 yang bakal saya tulis akan membuatkan sesetengah pihak berasa tersinggung, terkecik hati, offended atau xpuas hati. sebarang teguran amatlah saya alu2kan.. insyaAllah, sebarang teguran saya akan jadikan sebagai panduan untuk menjadi seorang insan yang lebih bermanfaat di dalam dunia yang fana ini..

'i don't want to end my life saying what a waste'

jazakallah..