Bismillahirrahmanirrahim..
I have lots of things in my mind.. tp x tau nak luahkan mcm mane.. aku sangat bersyukur Allah kurniakan aku sahabat yang boleh membimbing aku dan memberi aku nasihat di kala aku dalam kekacauan.. keserabutan.. kegelisahan..
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil, dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.. Semua yang terjadi, aku percaya ada hikmah yang tersembunyi, yang hanya menanti untuk dirungkaikan, dan disimpulkan untuk dijadikan iktibar..
Aku telah mempelajari sesuatu yang aku rasakan cukup bermakna buat perjalanan hidup ini.. benarlah kata pujangga 'ilmu boleh diperoleh dari buku, tp pengalaman diperoleh dari kehidupan'..
Aku tidak tahu apa hikmah yang tersembunyi sehingga Dia menguji aku sedemikian rupa. teman aku bilang, kerana Dia tahu aku mampu menghadapinya..
Kadang-kadang, Allah kenalkan kita dengan seseorang, adalah supaya kita dapat belajar mengenai manusia. supaya kita lebih menghargai orang lain. tapi masalahnya, aku ni lemah, dan lembab dalam hal-hal seperti ini..
Tapi, mungkin kerana aku masih belum cukup pengalaman dan ilmu, maka perkara ini terjadi. dan yang perit sekali, Tuhan uji.. tetapi, mungkin hikmahnya, aku lebih mengenali diri aku sendiri..
Kadang-kadang (selalu juga sebenanya) aku berfikir, "haih, lepas satu, satu ujian datang". tapi, aku teringat kata-kata aku sendiri.. sewaktu aku menasihati sahabatku, "nasib baik kita sedar sedang diuji.. supaya kita redha dan dapat bersabar.. alangkah malangnya orang-orang yang tidak sedar dan mengeluh itu.. kerana hikmahnya pasti tidak akan terlihat.."
Hah, akibatnya temanku itu berkata "eih, ko ni.. aku ckp satu ko ckp sepuluh!! yelah, nanti balik rumah aku fikir2kan ye.."
hahaha. nak tergelak pun ada.
ujian.. ujian.. ujian...
No comments:
Post a Comment