Saturday, 26 September 2009

Jumpa lagi..

Orang kata, kalau berpisah, jangan katakan selamat tinggal.. tapi katakanlah jumpa lagi. oleh kerana itu, dengan berat hati dan penuh rasa rindu, ku ucapkan.. jumpa lagi ramadhan..

Bulan ramadhan kali ni, telah mengajarkanku banyak erti kehidupan. erti kesabaran. erti persahabatan. erti kesetiakawanan. erti kebersamaan. dan seribu satu mcm erti lagi, yang tak dapat ku ungkapkan di sini. alhamdulillah, terima kasih ya Allah, kerana mentakdirkan ramadhan ku kali ini begitu bermakna..

Walaupun macam dah lerlajak je kan, tapi halalan tayyiban je lah ye.. hehe

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

(raihan, harapan ramadhan)

Betul la kot kata orang, bulan ramadhan bulan rahmat. syaitan kena ikat. masa ni la semua orang jadi diri sendiri. fitrah manusia mula nampak. semua nak jadi baik. tak nak buat jahat. tapi, kalau yang buat jahat tu kenapa? em.. mungkin sebab mereka kurang menyedari erti ramadhan yang sebenar. aku ni pun, baru je paham. tahun lepas2 bukan paham pun. main puasa je. he..

Alhamdulillah, kali ni tuhan bukakan pintu hati aku untuk menerima ramadhan dengan gembira dan penuh rasa syukur.. tapi kenapa sekarang ye? mungkin, sebab dah tinggal sorang2, aku jadi lebih banyak berfikir dan menerima apa yang ada. prinsip 'main redah' dan 'pejam mata je laa' pun diaktifkan. hahaha. tuhan je yang tau how hard it is.

Tahun ni, alhamdulillah dapat balik raya. setelah melalui banyak liku2, dapat jugak balik raya. tak tahu la, samada tahun depan dapat tak lagi pulang ke kampung halaman. jumpa mbah, mak, main bunga api dengan adik2, tolong mama papa time open house.. he...

Doaku cuma satu di penghujung ramadhan ni (walaupun dah syawal, tp halal je lah. he..) aku berdoa, semoga tuhan panjangkan umurku supaya dapat lagi aku bertemu dengan ramadhan pada tahun depan. dan mudah2an, semoga ramadhan itu akan menjadi lebih bermakna lagi.

Semoga kita semua sempat bertemu ramadhan pada tahun depan, insyaAllah..

Hanis, Ampang

No comments:

Post a Comment