Friday, 25 February 2011

Tak kenal maka tak cinta. Dah tau baru suka!

haiyoohhh sudah lama tak update blog. bz woman makcik sekarang ni. Posting di departemen bedah memanglah suatu hal yang memenatkan (time jaga sahaja) sebab setiap hari oncall (memang xboleh tahan!) tapi best! hehe

Setelah bertahun-tahun tunggang terbalik hidup di dunia kedokteran, akhirnya daku temui jua minatku di mana. haha. Pediatric Surgeon!! wow, macam susah je kan kan tapi nak buat macam mana orang suka jugak.

Ape aku buat time jaga? Check it out~

Minggu pertama jaga: mendorong patient ke hulu dan hilir untuk di x-ray (perawat ntah kemana hilang). ganti perban, buat collar brace (dari kotak. magic kan?hehe), belajar amik darah, jadi assistant tolak troli, berdiri berjam2 macam patung kalau xde patient, tolong siram air kat luka kaki patient kalau dalam OK (kamar operasi). okay2, bab siram air ni ada best dia jugak sebab kena pakai skill yang orang2 hebat je boleh buat kalau nak siram. hehe

Minggu kedua jaga: yeah, kami xde minggu 1 jadi terpaksaaaalah jadi kuli balik buat kerja minggu 1. kurang asam jawa betul kepada manusia2 yang membuat bodo je tatkala melihat aku dan kawan2 mendorong pasien bagai nak rak tercabut kaki dan sendi. patutnya minggu 2 dah boleh buat prosedur, tapi disebabkan hal2 tak senonoh sesetengah pihak kami terpaksalah buat kerja kuli minggu 1 =.=

Minggu ketiga jaga: yay, dah ada budak minggu 1. bolehlaa aku goyang kaki kat kafe IGD. Tinggal masuk je nanti untuk buat tindakan dan buat2 terer kalau ada patient. Haha.. tapikan kasihan pula melihat minggu 1 dah la seorang je nak menolak katil yang besar gedabak ke hulu hilir.. maka sebagai senior minggu 3 yang baik hati aku pun tolonglaa menolak gak (sebab dulu minggu atas x tolong memang kena sumpah. aku tak nak kena sumpah) Fuh, boleh kurus tiap2 kali macam nih! haha

Memang takde life la kalau oncall setiap hari. balik rumah semua kedai dah tutup. beli air pun kat petronas yang bukak 24 jam saje. kecuali kalau jaga malam ko boleh balik petang dan datang kembali ke hospital beberapa jam kemudian. Tapi yang bestnya aku dah pandai ganti perban. hahaha. ehh.. hebat okay ganti perban. Nak2 pulak ganti perban kat luka pakcik yang lubang perut dia besar dan mengluarkan najis sewaktu ko menggepe (ganti perban). Kasihan dia..

Aku rasa aku kena tengok citer Saw atau citer sadis yang lainnya. Sebab sampai sekarang rasa macam nak pengsan je kalau tengok tindakan yang mengerikan. okay ni mungkin kena buat entri yang lain.

Lagi beberapa jam kena pegi hospital balik. Aku harap malam ni tenang saje. Kalau x tenang pun harap2 laa aku dapat chance untuk menjahit luka.

No comments:

Post a Comment